Sabtu, 21 Mei 2011

Apa Itu Emas, Bagaimana Cara Nak Beli & Jual Emas

Kepada para pembaca yg baru ingin mengenal atau berjinak-jinak dalam dunia emas, disini saya ingin menerangkan serba sedikit asas berkenaan emas..knp saya memilih menyimpan emas bukan wang tunai..

"MENGAPA anda perlu menyimpan emas?"

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
4. Aset yang terunggul
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan/dimusnahkan

Sekarang kita kupas lebih lanjut mcm mana ingin bermula..tp sblm itu,sy ingin menerangkan terdapat 2 Cara Membuat Pelaburan Emas di Malaysia iaitu:
1. Pelaburan secara emas fizikal (syiling emas,jongkong emas, barang kemas)
2. Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas (Maybank, Public bank)

Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas dan jongkong emas boleh dikategorikan sebagai emas pelaburan. Ini kerana syiling emas dan jongkong emas sememangnya dibuat khusus untuk tujuan pelaburan. Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi (25 % - 40%).
Di Malaysia, terdapat 6 institusi yang menjual emas fizikal untuk pelaburan iaitu:
1. Maybank - Syiling Kijang Emas
2. UOB Bank – Syiling Emas dan Jongkong Emas
3. Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Gold – syiling dan jongkong emas
4. Public Dinar – Dinar emas
5. Dinar Emas Kelantan – Dinar emas
6. Kedai emas Poh Kong, Habib Jewel dan sebagainya – jongkong emas

So,institusi mana yg terbaik utk membeli emas fizikal yea ?? Bdasarkan kajian yg telah sy lakukan,sekiranya anda membeli emas dari bank@kedai emas,jika emas anda rosak, terguris, bcalar, bengkok, tbukak sampul@seangkatan dgnnya,institusi ini TIDAK akan membeli semula emas anda..jadi institusi mana yg Patut Kt Pilih ??? Jawapan sy ialah PUBLIC FINE GOLD..ok,knp sy memilih institusi ini,adakah kerana sy seorg dealer public gold ?? Ini bukan soal sy dealer@keuntungan komisen,tetapi ini psoalan institusi mana yg boleh menerima semula emas kt seandainya emas kt bcalar,bengkok,terguris dan sebagainya. Di sini,anda tidak perlu lg risau kerana Public Gold memberi jaminan akan membeli kembali emas mereka walaupun ada kesan calar, guris, bengkok dan patah asalkan berat tetap sama semasa timbangan. Ini sangat penting jika anda selalu menggadaikan emas anda di Ar-rahnnu.
Sekarang anda telah mengetahui bahawa terdapat 2 jenis emas pelaburan yang boleh dibeli iaitu emas fizikal dan akaun simpanan emas.

Persoalannya, yang mana satu sesuai dengan anda? Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Jawapan saya :
BELI EMAS FIZIKAL.
Ia jauh lebih baik daripada akaun simpanan emas. Ini kerana anda boleh menggadaikan emas fizikal dan memperoleh wang jika memerlukan. Jadi, walaupun harga emas jatuh anda tidak akan mengalami kerugian. Berbeza dengan akaun simpanan emas. Anda akan mengalami kerugian jika menjual pada harga yang rendah daripada harga belian. Anda perlu menunggu sehingga harga naik sebelum mendapat keuntungan.
Emas fizikal boleh dijual pada bila-bila masa kepada sesiapa yang ingin membelinya walaupun ketika cuti atau waktu malam sedangkan untuk akaun simpanan emas anda cuma boleh menjualnya di bank ketika waktu perbankan/pejabat.
Jika anda menghadapi masalah untuk menyimpan emas fizikal atau takut risiko kehilangan emas fizikal anda boleh menyimpan emas fizikal anda di peti simpanan khas di bank spt RHB.
Jika anda membeli emas fizikal daripada saya,saya akan membongkarkan kepada anda teknik-teknik memanipulasi emas yang digunakan oleh pelabur-pelabur emas di malaysia sehingga mendapat keuntungan yang maksimum. Anda juga akan diletakkan dalam senarai pendek klien saya di mana hanya mereka sahaja akan mengetahui maklumat-maklumat terkini mengenai pasaran emas yang saya kumpulkan untuk mereka.
Anda juga boleh menjadi sebahagian daripada mereka. Maklumat ini membolehkan anda memaksimakan keuntungan pelaburan anda bersama saya dan anda tidak perlu terburu-buru mencari maklumat yang tidak berkualiti daripada luar. Banyak maklumat di luar sana adalah misleading dan boleh menyebabkan anda rugi besar.
Disebabkan komitmen tersebut,Saya hanya menawarkan perkhidmatan ini kepada sejumlah klien yang kecil sahaja. Ini bertujuan memberi saya peluang sepenuhnya untuk memberi servis yang terbaik kepada klien saya,Jika kuota saya sudah penuh, saya terpaksa menolak klien baru yang datang kepada saya.
Anda juga akan mempelajari teknik-teknik perlaburan emas dan jika anda amalkan,ia akan mendapat keuntungan 30%,40% bahkan 60% pelaburan emas anda.
Ok saya rasa cukup smpai dsni sy bkongsi ilmu tentang emas,di lain hari saya akan menerangkan tentang rahsia bagaimana menjana keuntungan dgn emas stp hari,minggu,bulan dan tahun..Teruskan mengikuti blog saya ini untuk melihat post2 terkini dan harga emas semasa.

Jumaat, 20 Mei 2011

Riba Dalam Pembelian Emas

AKHIR-akhir ini timbul keghairahan di kalangan umat Islam di negara ini untuk membeli dan melabur dalam emas sama ada dalam bentuk siling, jongkong dan sebagainya.
Situasi ini menyebabkan ada di kalangan mereka lupa akan batas-batas syariah berkaitan pembeliannya sehingga membawa kepada amalan riba yang diharamkan Islam.
Allah SWT mengisytiharkan perang ke atas pelaku riba. Ini terkandung dalam penegasan-Nya dalam firman: Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba, jika kamu orang yang beriman. Jika kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya. (al-Baqarah': 278-279)
Secara umum, riba adalah sebarang pertambahan dalam urus niaga sesuatu barangan atau tambahan ke atas hutang disebabkan tempoh pembayaran yang lewat.
Emas selaku komoditi bernilai merupakan salah satu barangan berunsurkan riba (ribawi) yang disebutkan dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh 'Ubadah bin al-Samit : Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam, perlu sama, timbangan sama dan diserah tangan segera. Jika asnaf-asnaf ini berbeza, juallah seperti mana kamu kehendaki selagi ia serahan segera (tidak bertangguh). (riwayat Muslim)
Hadis ini menyenaraikan barangan ribawi yang terbahagi kepada dua kategori, iaitu matawang seperti emas, perak, ringgit, dollar dan sebagainya serta makanan asasi seperti padi, gandum, barli, tamar dan garam.
Walaupun begitu, syarat ini tidak terpakai dalam urus niaga barangan ribawi yang berlainan kategori dan jenis, seperti membeli padi dengan menggunakan emas atau urus niaga barangan ribawi dengan barangan bukan ribawi seperti boleh membeli kereta dengan menggunakan emas atau matawang lain.
Urus niaga pembelian emas kini melibatkan pertukaran emas dengan matawang lain. Menurut muamalat Islam, pembelian atau pertukaran matawang dengan matawang seperti membeli emas dengan wang ringgit adalah termasuk dalam kontrak al-Sarf (tukaran wang).
Justeru, pembelian emas mestilah mematuhi syarat kontrak tersebut, iaitu mestilah tunai serta-merta tanpa ditangguh atau diberi tempoh. Syarat serahan dan penerimaan barangan emas mestilah berlaku semasa akad pembelian sebelum berpisah.
Oleh itu, kita semua perlu mengawasi perkara ini demi mengelak diri daripada terkena najis riba yang kemudiannya akan terkena bakaran api neraka serta dilaknat Allah SWT. Ingatlah amaran Rasulullah SAW: Allah melaknat orang yang memberi dan menerima riba. (riwayat Muslim)

Sumber: Utusan Malaysia (19 Mei 2011)

Khamis, 19 Mei 2011

Sejarah Dinar & Dirham

 



Dinar Emas dan Dirham Perak

Sejarah Pengenalan Dinar Emas dan Dirham Perak.


Kesohoran dinar sebagai satu matawang rasmi dalam sektor ekonomi sudah lama tersemat dalam lembaran sejarah Tamadun Islam. Dewasa ini komoditi ini seringkali dicanangkan sebagai instrumen alternatif dalam aktiviti ekonomi dunia semasa. Fakta ini adalah berasaskan kepada nilai intrinsik atau tersendiri yang diyakini boleh digunapakai secara lebih meluas serta konsisten. Namun demikian, masih ramai belum mengetahui dari mana dan bagaimana ia boleh berkembang sehingga menjadi satu matawang utama dalam kronologi ketamadunan Islam.

Sekiranya dinar emas mampu dinobatkan sebagai matawang utama pada ketika itu adalah tidak mustahil seandainya penggunaan komoditi ini boleh diperkenalkan semula sebagai matawang alternatif pada alaf baru ini. Barangkali slogan “Nothing Beats Gold, Zero Inflation in 1400 years“ adalah amat berketepatan dan bersesuaian dalam menyatakan hakikat tersebut. Terfikirkah anda semenjak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi kita tidak pernah mendengar serta mengalami keadaan inflasi. Tetapi pada hari ini ungkapan tersebut seringkali “menjelma“ sambil disulami atau lebih sinonim dengan kelesuan ekonomi sejagat. Kenapa semua ini boleh berlaku…jawapannya ialah matawang konvensional yang tersedia ada tidak berlandaskan pada sandaran emas secara mutlak. Apa yang berlaku pada hari ini ialah dunia menggunakan wang kertas yang rezabnya hanyalah dalam bentuk nisbah peratusan emas yang diperuntukkan dan bukannya instrumen itu sendiri yang memiliki nilai emas secara keseluruhannya. Justeru marilah kita mengimbas kembali keunggulan serta kegemilangan dinar emas semenjak bermulanya era ketamadunan Islam.

Masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu menggunakan dinar emas Heraclius Byzantine yang berasal daripada negeri Syam manakala dirham perak Sasaniyah pula dari Iraq. Tatkala itu mereka tidak mempunyai matawang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan dalam mahupun luar negara. Penggunaan kedua-dua matawang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam pada musim panas manakala di Yaman pada musim sejuk. Namun demikian, keadaan mulai berubah apabila Nabi Muhammad S.A.W dipilih sebagai Rasul, dinar dan dirham telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga. Ketika ini jugalah reka bentuk berunsur Islam mula menyusup dalam penempaan dinar serta dirham. Pada tahun 18 H atau 20 H, Saidina Omar r.a telah menambah pada dirham Sasaniyah beberapa elemen dengan tulisan khat Kufi seperti Bismillah, Bismillah Rabbi dan Alhamdullillah serta sesetengahnya Muhammad Rasulullah yang ditempa pada keliling gambar Kisra. Beliau turut menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6% atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram.

Dalam rekaan ini ukiran pada permukaan matawang adalah rekabentuk Islam yang khusus tanpa wujudnya elemen-elemen Byzantine dan Parsi muncul pada tahun 76 H hasil cetusan idea Khalifah Abd al-Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah. Senario ini turut dimangkinkan oleh perselisihan faham yang berlaku di antara baginda dengan Raja Rom. Pada ketika itu khalifah Abd Al-Malik bin Marwan telah diktiraf oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Athir sebagai perintis menempa dinar dan dirham dalam unsur-unsur Islam.

Aplikasi dinar tidak hanya berlegar di bumi Arab tetapi melangkaui kepada ketamadunan Andalusia. Kegiatan perdagangan berkembang pesat selama 700 tahun di Andalusia telah memangkin penggunaan dinar emas serta perak sebagai matawang utama. Pada tahun 716 M, umat Islam Andalusia telah mula menempa dinar emas dengan ukiran bahasa Arab serta ditulis “Muhammad Rasulluah” disamping mencatatkan nama Andalusia iaitu tempat tempahan dinar berserta tahun diperbuat. Di belakang dinar emas ini turut diukir dengan tulisan Latin yang bersesuaian dengan kehidupan masyarakat Islam Andalusia pada ketika itu. Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa setelah tamatnya pemerintahan Andalusia, masyarakat semasa pemerintahan Kristian masih meneruskan penggunaan dinar emas selama lebih 400 tahun. Dalam era moden ini, pada tahun 1992 dinar emas pertama Eropah kembali ditempah di Granada, Sepanyol yang sekaligus merupakan sesuatu peristiwa yang sungguh menarik.

Menurut analisa yang dibuat sepanjang kecemerlangannya dinar emas turut mengalami ketidaktentuan terhadap cabaran serta krisis semasa. Pada suatu ketika stok emas tidak mencukupi memandangkan siri peperangan semakin meruncing. Justeru perak dicampurkan tembaga menjadi matawang rasmi dan digunakan di Mesir serta Syam di bawah pentadbiran Bani Ayyub. Penggunaan dinar serta dirham terus bertahan aplikasinya pada masa keagungan kerajaan Othmaniah Turki (1299M-1924M). Pada hari ini, nama dinar serta dirham masih digunakan sebagai matawang rasmi di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti dinar di Tunisia, Kuwait, Libya, Bahrain, Algeria, Jordan manakala dirham Di Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Maghribi.

Di Malaysia berkat pengalaman kelesuan ekonomi global pada 1997 dinar emas yang diperbuat daripada emas 9166 telah mula dikembalikan kegemilangan sebagai medium penyimpan nilai yang tinggi, stabil, sentiasa berpotensi untuk meningkat nilai serta komoditi yang paling selamat. Dalam konteks yang lebih luas dinar emas turut mampu dijadikan perantaraan urusniaga hartanah, gaji dan bonus pekerja, mahar dan hantaran perkahwinan, urusan haji dan umrah, zakat dan fitrah serta semua pembayaran perniagaan dalam dan luar negara bagi negara yang berminat. Ini memandangkan dinar emas mempunyai nilai intrinsik atau tersendiri yang diterimapakai oleh masyarakat dunia. Nilai emas adalah stabil dan meningkat dari semasa ke semasa berbanding matawang konvesional yang seringkali menjadi mangsa “serang hendap” para penyangak matawang antarabangsa bagi mengaut keuntungan mudah dan besar.